Utama / Niche / Website Ejen Hartanah
Website Ejen HartanahWebsite ejen hartanah yang kumpul lead, bukan sekadar listing.
Untuk ejen dan perunding hartanah yang mahu nampak profesional, bina kepercayaan dan terima pertanyaan terus melalui WhatsApp.
- Siap dalam satu sesi
- Matlamat: Lead
- Butang WhatsApp
Kenal situasi ni?
Listing tenggelam
Iklan anda bercampur dengan ratusan listing lain di portal dan group.
Pembeli nak kenal anda dulu
Sebelum hubungi, ramai nak tahu siapa ejen di sebalik listing tersebut.
Maklumat pendaftaran wajib
Iklan hartanah perlu papar nombor pendaftaran dan nama firma, tapi poster dan profil biasa sering terlepas.
Lead tidak tersaring
Pertanyaan masuk tanpa maklumat bajet atau kawasan, jadi masa terbuang.
Dibina khas untuk ejen & perunding hartanah
- Profil ejen dengan ruang khas untuk No. REN / PEA / REA dan nama firma
- Kawasan liputan dan jenis hartanah fokus anda
- Hartanah pilihan (dikemas kini atas permintaan)
- Borang lead: beli atau sewa, kawasan dan bajet, terus ke WhatsApp
- Ruang testimoni sebenar daripada pembeli atau penjual
- Butang WhatsApp di setiap bahagian
Seksyen yang kami cadangkan
Hero dengan gambar, nama, No. REN dan firma
Kenapa pilih saya
Kawasan liputan
Hartanah pilihan
Proses beli / jual bersama saya
Testimoni
Borang lead dan WhatsApp
Susunan akhir ditentukan bersama anda semasa sesi live.
Empat langkah. Satu sesi.
Isi borang ringkas
Beritahu nama, niche dan nombor WhatsApp. Kami hantar sample percuma bahagian atas website anda.
Suka sample tu?
Kita tetapkan tarikh dan masa sesi live yang sesuai dengan anda.
Sesi live 2–3 jam
Kita bina dan ubah bersama secara online sampai anda puas hati.
Website live
Website dipasang di domain anda dan semua login diserahkan kepada anda.
Website Ejen Hartanah (Satu Halaman)
- Dibina live dalam satu sesi online (2–3 jam)
- Pembetulan tanpa had sepanjang sesi
- Domain & hosting tahun pertama atas nama anda
- Semua login diserahkan kepada anda
Perlukan lebih daripada satu halaman? Kita bincang.
Tak perlu tunggu berminggu. Website anda boleh siap hari ini.
Minta sample percuma dulu. Kalau suka, kita tetapkan sesi live 2–3 jam dan website anda terus live di domain sendiri.